Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘bazaar’

KEHADIRAN bulan Ramadan adalah merupakan sesuatu yang seharusnya dinantikan oleh semua umat Islam, memandangkan ini merupakan satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan.

Bulan puasa adalah merupakan bulan latihan untuk orang umat Islam berjihad memerangi hawa nafsu, tidak kiralah samada hawa pada kebendaan, makan minum, perbuatan atau apa saja. Yang pastinya, inilah satu bulan yang menuntut agar kita memerangi segala bentuk hawa nafsu.

Dalam bab berpuasa, sememangnya ramai yang berjaya melawan godaan hawa nafsu apabila melaksanakan ibadah puasa pada siang harinya.

Bagaimanapun, berpuasa tidak hanya terhad kepada menahan diri dari lapar dahaga ataupun menahan mulut dari menuturkan perkataan yang tidak elok.

Sememangnya tidak dapat dinafikan ramai di antara kita yang gagal melawan nafsu untuk berbelanja apabila tibanya waktu berbuka puasa.

Ramai yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk membeli pelbagai juadah untuk berbuka, sedangkan akhirnya makanan yang dibeli itu dibiarkan begitu saja.

Inilah satu bentuk pembaziran yang sudah sekian lama berlaku di sekeliling kita dan bagaikan sudah sebati dengan jiwa ramai dari kita.

Malahan ada yang sampai tidak cukup jari di tangan untuk menjinjing beg plastik yang berisi makanan.

Dengan adanya pelbagai juadah menarik yang dijual, banyak yang jarang kita temui pada bulan-bulan lain, maka tidaklah memeranjatkan sekiranya ada di antara kita yang tidak dapat mengawal diri ketika berbelanja.

Tidak salah untuk berbelanja dan tidak salah untuk membeli juadah yang ingin kita jamah.

Tetapi usahlah sehingga ianya menjadi satu pembaziran. Kesederhanaan adalah sebaik-baiknya, dan ini bukan saja dalam bab berbelanja.

Apakah perlu kita berbelanja sebegini besar semata-mata untuk membeli berbagai aneka juadah sedangkan kita tahu tujuan utama puasa adalah untuk melawan hawa nafsu selain belajar bersederhana dalam semua hal.

Amalan membazir ini adalah amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27).

Pemborosan dan pembaziran adalah merupakan perbuatan keji dan seharusnya ditinggalkan. Dalam keghairahan menyambut Ramadan kita tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan.

Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana. Dalam keadaan di mana kos kehidupan semakin meningkat, maka langkah berjimat-cermat adalah merupakan sesuatu yang bijak dan seharusnya dilakukan. Ini ditambah pula dengan harga barangan yang semakin meningkat dewasa ini.

Sikap berbelanja yang bijak adalah dengan tidak keterlaluan, atau dalam erti kata, bersederhana.

Bagi peniaga pula, usahlah gunakan bulan Ramadan ini sebagai peluang untuk mencari ‘kekayaan’ segera.

Sememangnya kita tidak boleh nafikan bahawa adanya segelintir kecil peniaga yang hanya ingin mencari duit mudah tanpa menghiraukan pembeli.

Rungutan pembeli mengenai harga juadah yang mahal, tidak berkualiti dan sebagainya sudah sering kita dengar setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Semoga kali ini, peniaga kita akan bersikap lebih bertanggungjawab selain mencari keredhaan dan keberkataan dalam perniagaan mereka.

Untuk semua, berbelanjalah dengan bijak dan usah biarkan hawa nafsu serta sifat tamak mempengaruhi perbelanjaan kita.

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Advertisements

Read Full Post »

Salam dan selamat berpuasa kepada semua umat islam semua. petang tadi mak aq tak masak untuk berbuka. jadi aq pon ajaklah dia beli apa yang patut dekat bazaar ramadhan bandar utama. sampai-sampai bazaar tekejut aq tengok makin banyak kedai sekarang. aq ingat tahun ni tak ramai sebab sewa dia mencecah RM600 untuk sebuah kedai. sambil jalan-jalan cari makanan apa yang patut aq sempat snap sikit gambar. walau pon sesak tapi best maklumlah 1st puasa la katakan. mesti lah meriah betul tak. tapi aq rasa kalau bazaar ramadhan ni dia buat dekat tempat lama lagi meriah kot. sebab suasana dekat sana macam lain je kan kan kan. ok lah aq pon tak tau apa nak taip lagi. apa pon ni ada sikit gambar untuk kau orang tengok. chowww…

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Read Full Post »