Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2009

Assalammualaikum dan selamat menyambut merdeka kepada semua.

Pagi tadi lepas sahur mirul n gg yahoo massenger ajak ambik gambar dekat dataran segamat jam 7pagi. Aq pon tak kompom lagi sebab tak tidur lagi masa tu. Sementara tunggu nak atau pon tidak ke dataran aq pon baring sambil dengar lagu dekat laptop. Sedar tak sedar aq dah pon tertidur. Hahahahaha. Sedar je dari tidur jam dah pukul 3petang. Biasa masa macam ni rumah aq kecoh tapi kenapa hari ni sunyi sepi je. Aq pon bangun tengok luar rumah kereta takda. Oh patut lah mak aq dah keluar sama ayah aq. Masuk dalam rumah aq tengok pintu bilik lak tak tutup aq pon masuk tengok kemera aq takda. Uiks pelik jap tak kan ayah aq bawak kemera ambik gambar dekat dataran petang-petang ada apa pulak. Malas nak p.k aq pon buat tatau terus capai laptop tengok blog MIRUL n GG wah da update gambar cepat betol dia orang. Tengah syok-syok tengok blog dia orang ayah n mak aq pon balik.

Aq pon terus tanya kemana? Ayah aq pon jawab ada kereta api tegelincir dekat batu anam. Aq pon jawab ALAMAK!!! Kenapa tak kejot. Ayah aq pon cakap nak ambik gambar ke? Tadi ayah ada ambik sikit gambar. Nak tengok jom kita pergi lagi. Aq pon terus siap-siap dan terus pergi ke batu anam. Sampai je dekat sana polis da banyak n tak kasi masuk lah pulak. Puas aq dengan ayah aq cari lorong-lorong nak ambik gambar tapi semua port dah ada polis jaga. Tanpa rasa berputus asa ayah aq cakap cuba kita try cari port dekat jalan besar. Aq pon ikot saja. Sampai dekat jalan besar ada juga polis jaga, HADOI!!! Tak dapat lah aq nak snap mcm ni. Tengah lepak memikir macam mana nak ambik gambar. Tiba-tiba berhenti sebuah lori belakang kereta. Ayah aq pon terus panjat lori tu untuk mendapatkan gambar. Hahahaha. Dapat juga ambil gambar akhirnya.

Kereta api ni membawa 246 orang penumpang untuk ke selatan. 17 penumpang cedera dibawa ke klinik kesihatan gemas.

Untuk pengetahuan semua gambar yang di update, diclick2 oleh ayah aq.

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Advertisements

Read Full Post »

Terima kasih diucapkan kepada :-
Semua Yang Menjayakan Majlis Berbuka Puasa MHCC Segamat 2009.
Jurufoto : Jijie n Dayat [<<=] Tekan Sini Untuk Melihat Semua Gambar
Lokasi : Restoran Arshad Segamat
Club : MHCC @ Malaysia Honda Civic Club
Agenda : Berbuka Puasa Dan Majlis Perpisahan Ijam Bomba
P/s : Ni ada sikit gambar yang tak seberapa dari kemera aq untuk tatapan anda semua. harap anda semua terhibur.

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Read Full Post »

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 52 kepada semua rakyat Malaysia walau dimana jua berada. Sesungguhnya marilah kita mengucapkan syukur kerana kita berada di dalam negara yang aman damai dan permai.

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Read Full Post »

KEHADIRAN bulan Ramadan adalah merupakan sesuatu yang seharusnya dinantikan oleh semua umat Islam, memandangkan ini merupakan satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan.

Bulan puasa adalah merupakan bulan latihan untuk orang umat Islam berjihad memerangi hawa nafsu, tidak kiralah samada hawa pada kebendaan, makan minum, perbuatan atau apa saja. Yang pastinya, inilah satu bulan yang menuntut agar kita memerangi segala bentuk hawa nafsu.

Dalam bab berpuasa, sememangnya ramai yang berjaya melawan godaan hawa nafsu apabila melaksanakan ibadah puasa pada siang harinya.

Bagaimanapun, berpuasa tidak hanya terhad kepada menahan diri dari lapar dahaga ataupun menahan mulut dari menuturkan perkataan yang tidak elok.

Sememangnya tidak dapat dinafikan ramai di antara kita yang gagal melawan nafsu untuk berbelanja apabila tibanya waktu berbuka puasa.

Ramai yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk membeli pelbagai juadah untuk berbuka, sedangkan akhirnya makanan yang dibeli itu dibiarkan begitu saja.

Inilah satu bentuk pembaziran yang sudah sekian lama berlaku di sekeliling kita dan bagaikan sudah sebati dengan jiwa ramai dari kita.

Malahan ada yang sampai tidak cukup jari di tangan untuk menjinjing beg plastik yang berisi makanan.

Dengan adanya pelbagai juadah menarik yang dijual, banyak yang jarang kita temui pada bulan-bulan lain, maka tidaklah memeranjatkan sekiranya ada di antara kita yang tidak dapat mengawal diri ketika berbelanja.

Tidak salah untuk berbelanja dan tidak salah untuk membeli juadah yang ingin kita jamah.

Tetapi usahlah sehingga ianya menjadi satu pembaziran. Kesederhanaan adalah sebaik-baiknya, dan ini bukan saja dalam bab berbelanja.

Apakah perlu kita berbelanja sebegini besar semata-mata untuk membeli berbagai aneka juadah sedangkan kita tahu tujuan utama puasa adalah untuk melawan hawa nafsu selain belajar bersederhana dalam semua hal.

Amalan membazir ini adalah amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27).

Pemborosan dan pembaziran adalah merupakan perbuatan keji dan seharusnya ditinggalkan. Dalam keghairahan menyambut Ramadan kita tidak seharusnya lalai dan leka hingga melanggar etika berbelanja seperti ditetapkan oleh Islam, terutama boros dalam perbelanjaan.

Jika berbuka jangan keterlaluan, biarlah bersederhana. Dalam keadaan di mana kos kehidupan semakin meningkat, maka langkah berjimat-cermat adalah merupakan sesuatu yang bijak dan seharusnya dilakukan. Ini ditambah pula dengan harga barangan yang semakin meningkat dewasa ini.

Sikap berbelanja yang bijak adalah dengan tidak keterlaluan, atau dalam erti kata, bersederhana.

Bagi peniaga pula, usahlah gunakan bulan Ramadan ini sebagai peluang untuk mencari ‘kekayaan’ segera.

Sememangnya kita tidak boleh nafikan bahawa adanya segelintir kecil peniaga yang hanya ingin mencari duit mudah tanpa menghiraukan pembeli.

Rungutan pembeli mengenai harga juadah yang mahal, tidak berkualiti dan sebagainya sudah sering kita dengar setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Semoga kali ini, peniaga kita akan bersikap lebih bertanggungjawab selain mencari keredhaan dan keberkataan dalam perniagaan mereka.

Untuk semua, berbelanjalah dengan bijak dan usah biarkan hawa nafsu serta sifat tamak mempengaruhi perbelanjaan kita.

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Read Full Post »

Salam dan selamat berpuasa kepada semua umat islam semua. petang tadi mak aq tak masak untuk berbuka. jadi aq pon ajaklah dia beli apa yang patut dekat bazaar ramadhan bandar utama. sampai-sampai bazaar tekejut aq tengok makin banyak kedai sekarang. aq ingat tahun ni tak ramai sebab sewa dia mencecah RM600 untuk sebuah kedai. sambil jalan-jalan cari makanan apa yang patut aq sempat snap sikit gambar. walau pon sesak tapi best maklumlah 1st puasa la katakan. mesti lah meriah betul tak. tapi aq rasa kalau bazaar ramadhan ni dia buat dekat tempat lama lagi meriah kot. sebab suasana dekat sana macam lain je kan kan kan. ok lah aq pon tak tau apa nak taip lagi. apa pon ni ada sikit gambar untuk kau orang tengok. chowww…

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Read Full Post »

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.
PUASA JANGAN TAK PUASA. 🙂

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Read Full Post »

Terima kasih diucapkan kepada :-
Model : Dayah (Nanti ada masa kita kesawah ok)
Jurufoto : Ajim / Jengkoil / Jamal / Mirul / Walid (Sian mirul hujan tak lepas kebandar)
Lokasi : Pusing 1 Segamat.
P/s : Ni ada sikit gambar yang tak seberapa dari kemera aq untuk tatapan anda semua. harap anda semua terhibur.

Name : Azizi Liow
Mobile : 016-6338819
Email : service@aziziliow.com
Website : http://www.aziziliow.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/aziziliow
Ym : mirchelp32
Msn : duke_webnet@hotmail.com
Mirc : #zero

Read Full Post »

Older Posts »